Ingat lagi tak dengan band omputih nama DuranDuran...yang nyanyi lagu ntahapeapentah tu...tapi entri kali ni tak berkait langsung ngan kumpulan tuh...ini cerita pasal durian...atau driye...atau duye...atau diye...mana2 lah...sume sama la tu...
Dan yang menariknya pasal driye ni...ianya berkait dengan dua majlis yang agak grand bagi keluarga belah mentua aku...ngan keluarga aku...dan aku sendiri...serta tidak lupa juga...isteri tersayang...
Kisah pertama:
Setelah kejayaan kejohanan bowling inter-family wife aku peringkat negeri Terengganu yang dianjurkan baru2 ini...dan berita kehebatan dan prestige kejohanan tersebut sampai ke pengetahuan keluarga dikampung...maka hebohlah segala anak beranak dikampung...bergegarlah rumah mek akan kehebatannya...kilat sabung menyabung...gegak gempita guruh bersahutan...awan mendung berarak laju...bertempiaranlah seluruh warga kampung...ada yang terpekik...ada yang berkendong anak...ada juga yang...eh..lari tajuk dah ni...hehehe...bukan ape...nak tunjuk bahawa keluarga dikampung pun excited nak buat tournament macam tu jugak...untuk sume ahli keluarga la pulak...peringkat Malaysia la kiranya...adik Ama yang nak anjur....itu je...
So...lepas suma2 settle...aku pun terpikir...takkan main boling je...makan2 nya mana...tu yang aku terpikir nak open table makan durian tu...tengok durian kat Kemaman ni banyak je tepi jalan orang jual...aku pikir mesti di Kota Bharu takdok masalah...so aku tercakap la ko wife aku...dia ok je...
Yang nak jadi cerita...aku terchatting ngan kak cik...anak sedara wife aku dalam FB...aku cakap kita kelo driye nak time balik kampung? dia over excited plak...dia siap oyat ko ma dia...kak ros the informer...habis orang tau dah projek aku....berat doh la....tapi hero tok ggadoh...so aku kirim la beras pulut susu...import dari Perlis suruh dia wak balik....sekali dia wak balik seploh kg daaaa...ayarr..
Bermula dari situ la...sikit punya problem start daa...
Durian takdok la pulok....time aku dok kampung tu...tak napok sutey pun driye orang jual tepi jalan...parok la kali ni...pulut ada dah...orang start nanyo dah nak makan pulut driye bila...lalu aku jadi penasaran...penin...penin...tapi aku dengan confidentnya...kata "ada...nati la kita ejas"...biar palo ssumbat dah dok pikir nak cari mana durian ni...
Malam tu...aku g melawat kak aku di Pendek...so ajak dia jalan2 di Pasar Borong...n nak jadikan ceritera...jumpalah aku dengan sang Durian....walaupun tak banyak n kurang menarik...ku beli jua dalam 15 kilo...lebih takpe...takut bareddale tok molek la....
(Iklan: Pasar borong WCY ada jual nasik Kao Mok...sejenis nasi beriani alek Siam...sedap gilo nasik tu....murah je...RM3 sebungkus...sero tak cukup makan sebungkus...hehehehe)
Jadilah jugak bekwoh driye di rumah mertua aku tu...n alhamdulillah...90% dari durian tu boleh dimakan....maka kenyanglah para peserta2 tournament boling pada hari itu...boleh la mereka main dengan girangnya...habis bau durian bola bowling pada hari itu....
End of story...keluarga aku dapat tempat kedua bowling pada hari tersebut...di belakang keluarga Haji Do....cerita selanjutnya pasal bowling ni boleh anda baca di www.khashfa.blogspot.com....
Kisah kedua:
Kisah ini juga berkaitan dengan durian...tapi keluarga belah aku plak...aku planning nak jjamu driye jugak la...baru adil...aku oyat ko kak aku..."kita kelo driye nak? kita buat rumah kak nik?"...dia kata dia ON je...so aku oyat la ko kak nik..."malam esok kita makan durian ramai2...ajok belako la hok mana ada...kak nik tanok la pulut...prepare la ape yang patut..."
Petang esoknya....
Selepas gi mari gi mari...aku pun pegi la amik anak sedara aku di Kale Cepo...nak ajak makan durian la ni...n aku usha dah sebelum tu...ada napok orang jual durian tepi jalan dekat rumah dia tu...so aku wak rilek je la...kira confirm dah la durian ada malam ni...tapi bila aku tanya berapa sekilo...peniaga durian tersebut menjawab...dengan muka yang penuh rasa confident dan tidak bersalah...seperti lembu kenye..."lape ya skilo boh"...ayyak...tekejut tapir aku...
Sudoh...nak ambik ke dok...nak amik ke dok...pulut kak nik rendam dah nuh....santan ready dah tu...ayaaarrr...
Keputusannya...tok jadi amik...cari tempat lain la...tapi demano???? dekat gorik dah ni...
Terus aku call Rimin...anak sedara aku suruh dia cari durian...just in case di pasar borong tak dok....aku pulok nak g pasar borong la...tempat beli hari tu....sampai2 je...tapak jual durian tu kosong...ah sudoh!!
Aku halo balik Rimin tu...suruh dia giatkan usaha mencarigali durian...mana2 pun tak kisah...berapa riya pun balah gi...nak biar jadi jugok malam ni....habis orang aku talipon tanya tempat ada jual durian...tapi semua jawapan lebih kurang gini la..."nok cari mano...buke puye dia ni...payoh la skit...kalu siye hari buleh kiro...male aku tok tau la..."
Lebih kurang pukul 9.30 malam...aku mendapat satu panggilan misteri...dari nombor yang tidak ku kenali...deringannya memecah keheningan malam...lantas ku jawab panggilan tersebut...dan di hujung corong telefon itu aku mendengar satu suara menjerit...
"Poksu...saing aku kata di pasar male Berek 12 ada jual driye....aku nak balik amik helmet smeta...dok musing takdi lagi tok paka helmet ni..."
Cess...nombor talipon Rimin jugak rupanya...dia pakai dua nombor...ingat podio sakni...terus aku gi pasar malam berek 12 tu...n memang sahih la ada durian jual situ...walaupun mahal skit...tapi takdok la sapa lapeyya...so...berjaya juga la projek jjamu driye aku pada malam tu....hehehe...walaupun pukul spuloh baru boleh start majlis....tapi ada suprise....!!!!
Malam tu sebenarnya malam besday aku...aku pun tak ingat sebenarnya....jadi sebelum makan driye tu...ada la suprise untuk aku dari isteri tersayang....dia awal2 lagi dah beli kek n hadiah besday untuk aku...dia dah plan ngan kak aku petang tu...yang powernya...aku memang tak boleh detect perancangan dia ngan kak aku tu...memang suprise la yang....tergezut abang...i lap u beriberiberi mac...
So...sebelum makan durian...upacara memotong kek besday dijalankan...jadilah majlis pada malam itu...majlis besday aku...dengan menu pulut durian...tak pernah dibuat orang!!
Tamatlah sudah ceritaku pada kali ini...tajuk asal cerita ni ialah...Monolog Sebuah Penantian Terakhir Bermadah Puisi Mawar Berduri Di Bulan Februari...tapi dipendekkan menjadi DuranDuran...ooyeah..
(untuk kak Chek yang berada dalam spital...semoga cepat sembuh...nati kito kelo mugo lain pulok time kak Chek sehat)
Monday, February 15, 2010
duranduran...ooyeah...
0 comments di tepek oleh napaTAWA jam 11:25 PM
Monday, January 4, 2010
50 Things about Malay Billionaire
Today i am going to post about Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary. It's not that i dream being a bilionares last night, but it just that i am really inspired by his successful story i had read about him. Being such a humble man with such position, such name, and of course being a good Muslims for the sake of every one in the community.
From the list richest man in Malaysia it does show us that out of 10 person, only one Bumiputera (Malay)listed which is Syed Mokhtar. But it does not meant we're out of rich Bumiputera (Malay) around. I bet you that tons of individual out there who qualified to be nominated as millionaires. They should learn from Syed Mokhtar not only his idea in business but his idea and commitment to power up Bumiputera position in the community of Malaysia and world generally.
Below something that i think everybody should read and apply into their life. 50 things you should know about Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary. It worth to read.
Syed Mokhtar Story (Biography)
Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta - Proton Perdana
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat.. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak.. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
50.Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergolong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan Islam.
0 comments di tepek oleh napaTAWA jam 6:39 PM
Monday, November 16, 2009
kenangan lama...kenangan baru
semenjak dua menjak ni...
kawan-kawan lama dah dapat di contact balik...semua gara-gara Facebook...bagus jugak ada benda tu....geng masa sekolah...masa matrik...n masa kat KC semua dapat berhubung balik...n yang ter latest...aku dapat jumpa Sungkai@Nazri dengan wife dia, Dilla....geng masa gila naik gunung dulu....n berita terbaru...Shan dah kawen...
sekarang ni plak...bebudak Reccan dah start upload gambar2 lama masa naik gunung...tu yang jadi addicted skit kat FB ni...kalo dulu...ntah ape2 jugak FB ni bagi aku....buang masa je...
kerana gambar2 lama...kenangan lama menjadi baru....pahit manis terasa kembali....tu tak buat gathering ramai2 lagi tu....kalo buat....fuh...3 hari 3 malam tak abis cerita...pada kengkawan yang tolong upload gambar2 lama ni...aku ucap terima kasih....sebab gambar2 aku habis ilang ntah kemana dah....yang ada cuma RAM dalam pala otak je....





aku...dulu dan kini...
rasa tak percaya...tapi orang kata kalau tak tengok memang tak percaya...
rasa nak tergelak sorang2 pun ada...cuak n segan pun ada...aku rupanya dah XL...tapi yang ketara kat muka la...ape nak jadi ni Lee...ko kena exercise balik...kembalikan rupa asalmu....hehehehe...tapi nak buat macamana...takdir penentu segala hehehe
terkenang kembali...saat2 aku tough dulu (tough ke??) naik gunung selambe je...n menjadi antara orang terawal samapai ke destinasi check point atau puncak...yang akan menyiapkan air Tang (sejenis air oren dalam bentuk serbuk...sekarang ada lagi ke tak eh) untuk bala tentera yang bakal sampai...dan juga menyediakan KOKI untuk sesiapa yang kebuluran...n pasang khemah juga bukak sheet untuk mereka yang penat baru sampai...tu antara amal jariah aku buat geng2 reccan dulu....tapi tu dulu...
sekarang...nak naik gunung lagi??? tak larat den...rasa tak confident dah....fizikal mental out....tapi kalau setakat outdoor simple2 tu...ok lagi...aku nak buat jugak xtvt outdoor ni sekali dua untuk family aku...tapi tunggu anak aku besar skit...camping kat Taman Negara pun cantek jugak...tengok la...
suatu hari nanti....akan ku ajari anak2ku masuk hutan...merasa penat lelah trekking...menghayati keindahan puncak gunung...menghirup udara segar di kehijauan....memerhati kabus ditiup angin berlalu....mendengar alunan cengkerik bersahutan....merasai keindahan sunrise dan sunset...membina keberanian dan keyakinan diri...dan paling penting...bagus untuk character building mereka...alam ciptaan Allah harus diterokai....penat lelah menjadi pengalaman...
tapi aku tetap aku...badan aku dah naik ni...bila nak start EXERCISE............
TAHUN DEPAN AKAN KU TAWAN GUNUNG KINABALU....bersama family...insyaallah
0 comments di tepek oleh napaTAWA jam 12:18 AM
Thursday, October 1, 2009
Parasit Market...
Parasit market ni bukannye ada kena mengena ngan ulat atau serangga yang hinggap di supermarket atau kulat yang ada kat celah2 pintu mini market...tapi parasit yang datang dan merosakkan market yang sedang harmoni kat area aku...disamping pasaran yang sedang meningkat skarang ni...datang la plak parasit dari luar yang manipulating facts pasal market n condemning locals pasal industri yang sama....come on man...mana aci gini...
Biasanya parasit2 macamni datang dari luar...especially from big city...yang konon nak penetrate new market...tapi datang sini buat hal...sampai local clients pun naik pelik ngan fakta2 baru yang memang bukan dari sumber company....sampai ada yang bagi guarantee up to 15% per annum...buln ni masuk...bulan depan dah dapat profit sampai 10%...ape ni bro...biar la logik skit kalo nak bisnes pun....ada dua tiga client aku dah pening....keep calling me pasal new breed of shceme ni...aloyai..
Memang la kat kemaman ni...bukan bandar besar...tapi ramai yang poket besar....so ramai la jugak orang ingin mencuba nasib di sini...tapi kalo dah sampai burukkan competitor...condemn consultant lain...n manipulate original scheme...ni bukan permainan yang sihat lagi dah ni....ramai jugak la geng aku...especially yang baru2....tertanya2...betul ke dia boleh bagi sampai macam tu...tapi jawapan aku senang....kalo kurang logik pada pemikiran...maknanya ada something wrong la tu...Warren Buffet pun tak pernah bagi gerenti sampai macamtu bang...si Yahudi tua tu dah lama dah main stock market ni...dia pun tak sanggup...
Kat area aku ni...kita masih berpegang pada adat dan tatasusila...ethics kata omputih...kalo si fulan ni client orang...kita tak kacau.... paling dasat tahap rimau pun kita akan suggest dia new plan...takpun kita cuba tolong ape yang patut....paling koman kita mintak referrals....sini takde konsep "aku bunuh ko...client ko sampai anak branak dia aku amik"...sini bandar kecik je...pusing bandar seround dua...jumpa balik orang yang sama...so ape nak gaduh...rezeki masing2...
Pasal parasit ni plak...mereka ni biasanya datang untuk one shot je...sekali tembak pastu blah...ni yang kacau market...terpaksa la consultant local ni plak yang kena takeover...kekadang client yang dah terkena ni la plak yang akan negatif terus...ada plak yang akan condemn habis bila kita jumpa diaorang...ni la orang cakap...sekali orang buang taik...bau dia susah dah nak ilang...ape lagi kalo yang melekat...susah wei nak basuh...
So...bagi consultant local macam aku...kena la berhati2....client kena jaga betul2...n alhamdulillah...ada beberapa client aku yang kalau ada new financial plan yang dia tak pernah dengar...dia rujuk kat aku dulu...so dia trust aku as a consultant n friend...kalo semua macamni...aman la...tapi ada jugak client yang terlebih pandai...apa nak buat...
N bagi consultant luar plak...datang la kemaman ni...kita sama2 buat bisnes...rezeki Allah bagi ni amat luas...cuma cara kita menceduknya tu yang berbeza...jangan la rosakkan market...sebab satu industri bleh rosak kalo buat cam gini...jadi la consultant yang baik...jangan jadi parasit...kang aku panggil pest control kang...baru ko tau...
0 comments di tepek oleh napaTAWA jam 7:34 AM
Tuesday, September 29, 2009
raya...bekwoh...reunion
Raya tahun ni memang best la...projek lemang jadi...geng pun ramai jumpa...n kakak aku yang last sekali dah kawen...alhamdulillah...sampai jugak jodoh kak Za..
Pagi raya memang la best...tapi pagi raya hari tu...mungkin ada satu sejarah lain berlaku....surau kampung Padang Jeman mungkin tidak berkumandang takbir raya...sebab imam masjib mukim ajak semua anak mukim kawasan tu semayang di masjid...jadi...surau akan sunyi la tanpa semayang raya....dah la terawih pun dah buat kat masjid...ni pulak semayang raya...tapi nasib baik la imam surau Padang Jeman tu...abg Basir kata nak buat jugak semayang raya...kalau tak...inilah first time surau tu tak dibuat semayang raya....mesti lain macam je rase...
Tu sikit cite pasal raya kat kg wife aku...yang lain2 tu wife aku dah tulis dah dalam blog dia...aku tambah yang kurang je la...
Raya kedua...dah start dah gotong royong untuk bekwoh kak Za aku...buat di Taman Guru...rumah kakak aku....baru je sampai...kena start dah kena potong ayam...dengan baju raya la aku potong ayam...nasib baik la tak kotor...kalu dok...potong stim la...wife aku plak kena paje ko kakak2 aku goreng bihun...bila lagi nak makan bihun adik ipar goreng...hehehe....buat la yang...asal boleh telan...tapi orait jugak la...tak memalukan aku la bihun goreng ayang ni...n berlaku lah proses gotong royong tersebut sampai lewat malam...balik terus tido...
Esoknya...raya ketiga...sambung kerja...prepare ape yang patut...n pada pukul 12.30 lebih kurang...confirm la kakak aku...kak Za menjadi isteri orang...gu lawan dia ni orang Kedah...alhamdulillah...lama dah aku tunggu kak Za aku ni dapat jodoh...akhirnya terkabul jugak la...semoga kekal ke akhir hayat...
Yang bestnya...masa bekwoh ni la...aku bleh jumpa balik geng2 lama surau belakang Taman Guru ni...aku dulu ahli surau ni la...so orang2 tua kaki surau ni aku tegur sorang2...tegezut jugak la demo ni...doh ada dekat 5 tahun kot tak jumpa n bual2....tapi demo ni masih lagi ingat aku...antara tukang bang surau tu dulu...
Pada raya ni jugak...aku n the gang sekolah dulu ada la bincang nak buat informal punya reunion...saje je...jumpa 2 sambil minum2 skit...cadang nak biar ada dalam 2,3 belas orang...janji nak jumpa la mana2...so...aku ngan Due Ali jadi tukang cari port....cari punya cari...tok jupo pah kesut....jupo pun jauh skit...area Tunjung...kira ok la...dah tempat lain lah ke bandar nu penuh ngan orang...gini la kalu raya di kelantan gak...nak nak tahun gini....tapi yang jadi masaelohnya pulak...Maxis ngan Celcom pakat jem blako malam tuh...talipon kawe ni tok masuk...talipon kawe tu tok masuk...ayar...last2 sekali...tinggal la 6 orang yang berjaya dikumpul...tu pun jenuh dah bercerita....dah lama tak jumpa...tapi ok la...tahun depan pulok...
Antara cerita terbaru...Pali Hamat nak nikoh bulan 4 tahun depan...Pali Stopa nak nikoh bulan 3...Due Ali nak buleh anak dah bulan 1 ni...Nije Smart masih mencari pengganti bini...Jemi balik dfok kapong smula doh....Jelan makin berurat dah lengan...tapi masih lembut lagi skit2...nati nikoh la kalu nak keras pun...
Tu la sikit sebanyok crite di hari raya tahun ni...nak cerita lebih pun wak gapo...sekadar diary aku je ni...nanti tua2 boleh baca balik...mesti tersengih sorang2....waccaaa!!
0 comments di tepek oleh napaTAWA jam 7:12 AM
Sunday, September 27, 2009
Mission Lemang : Accomplished
Pertama-tama sekali...Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada para pembaca...kalo ada salah silap harap maaf la...kita ni manusia biasa...tetap ada salah dan silap...n kali ni aku nak cite satu xtvt besh yang belum pernah aku buat sepanjang hidup aku di malam raya....yang biasanya aku dok tengok dalam drama2 raya je...hehehehe
Ni ada sedikit fakta dan sejarah dilampirkan bersama...lemang...sejenis juadah yang dimasak menggunakan buluh lemang...kalo pakai periuk ke...kuali ke...meriam buluh ke...confirm tak jadi...dan bahan2nya terdiri dari beras pulut dan santan...n dimakan pada pagi raya bersama rendang...takpun nisan cair atau susu....dan lemang ni...sejak ia mula dicipta pada kurun ke-8 masihi....dan mula menjadi hidangan untuk raya pada penghujung kurun ke-9...iaitu sebelum munculnya biskut tat dan biskut arab...apatah lagi almond london....telah menjadi hidangan wajib di pagi raya...bersama2 ketupat n tapai beras....tidak ketinggalan juga...air sirap.
Akan tetapi....dalam sejarah kampung Padang Jeman...iaitu kampung kelahiran bini aku...belum pernah lagi lemang ini di buat atau dibakar secara live di kampung tersebut...sekurang2nya...tiada catatan bertulis atau bukti bergambar yang membuktikan adanya peristiwa membuat atau membakar lemang di kampung tersebut....dan pada malam raya baru2 ni....sejarah baru telah tercipta dan telah menjadi topik perbualan hangat di tepi api yang menyala pada malam itu....LEMANG TELAH DIBAKAR di kampung Padang Jeman pada malam itu...hehehe
Sebenarnya...idea ni aku cetuskan kat bini aku sorang je...aku kata kalo bakar lemang best jugak malam raya ni...ada kelainan skit...happening skit...sambil bebudak main bunga api....baru ada feel...pastu...wife aku citer kat kakak dia...pastu sorang...pah sorang...last skali...heboh dah kata aku nak buat lemang...ayak...aku baru plan je....ah sudah...mana nak cari buluh lemang ni....camane nak buat ni....resepi lagi...api kena kecik ke...besar ke....ayar....kalu tak jadi ni...kantoi nih...malu nih...owang dah tau nih....ayyyak...tapi takpe...sak goba..
Aku balik kampung lagi 3 hari nak raya...plan aku...balik je terus nak cari buluh lemang....tanya situ sini nak cari buluh...semo orang kata kat kampung ni takde....kalu nak cari...kena g lek ulu nuh...baru ada...takpun beli ngan orang bakar lemang tepi jalan...so aku tepon abang ipar yang on the way nak balik...suruh dia beli buluh kat tepi jalan...mana tau ada orang nak jual...tapi hampeh...diaorang tak bagi plak...habis orang aku tepon tanya pasal buluh lemang...sampai la ke sorang kawan aku yang terlantar sakit eksiden...saja je tepon sambil tanya kabar....dia kata kat kampung dia ada...ayah dia pun selalu buat lemang....syukur....tapi kena pegi tebang la...tepi sungai....aku pun terus kerah bala tentera anak sedara aku...pegi amik buluh....tapi buluh yang sebelah sini dah pupus...yang ada kat seberang sungai sinun....ayar...frust dah aku ni...tapi nasib baik ada orang kampung tu yang offerkan diri nak pegi amik pagi esok...mujuuuur...

Dengan tersengih aku balik rumah...projek dah nampak jalan dah ni...buluh dah konpem...resepi plak...aku try tanya ipar2 aku...mana la tau diaorang tau buat...tapi hampeh...semo kata...biasa bakar je...resepi tak tau....ah sudah...resepi ni...maksud aku....nisbah pulut ngan santan la...n takut ada apa2 lagi yang kena tambah....aku call plak anak sedara wife aku yang dok kat Pahang...tanya dia kalo2 dia reti buat lemang...dia kata tau...expert lagi....so belajar la aku dengan Na...anak abang Zaid ni...tapi masalah berlaku...spec buluh kat sana ngan buluh aku ni tak sama...aku punya cinonet2 je...spec yang dia bagi tu bagak2...so berlaku lebihan bahan2 la skit...takpe...first timer memang gitu...
Time nak membakar plak...nasib baik kayu api dah ada...cuma cari besi je nak buat penahan....start aku buat unggun...start la jugak budak2 main bunga api...anak2 aku n the gang dia hepi semacam je...tapi senang la nak jaga....ramai yang join....tang nak masuk daun pisang n beras pulut dalam buluh...wife aku ngan kakak2 dia buat....yang jantan2 plak...peringat api....rendang mentua aku dah buat petang2 lagi....cadang kalu masak lemang bleh try terus....so memang hepi la...happening la malam tu...macam berkelah kat depan rumah plak...
Dalam 2 jam lebih...lemang pertama diambik untuk ditry....dan keputusannya tidaklah mengecewakan....walaupun ada lagi sikit2 yang tak masak....tapi demi sejarah yang tercipta...ku telan jua...pergh...kira orait la...pastu yang selebihnya dibiarkan diatas bara yang merah lagi sejam lebih...overall...dalam 80% boleh dimakan la...mak mentua aku siap passing2 lagi kat jiran2 yang mana tau projek mega aku ni....
Pagi esoknya...dipagi raya...lemang dihidang bersama rendang...buat santapan sebelum sembahyang raya....alhamdulillah...jadi jugak projek lemang aku...tahun depan tak tau lagi nak buat projek ape plak...
Bagi mereka yang menjayakan projek aku ni...diucapkan terima kasih...n bagi sapa yang makan lemang aku...diharap berpuas hati dan tak sakit perut...hehehe
Jurucari Buluh: Suhaili, Rahimin, Rifa'ei
Jurubakar: Suhaili, Abe Aling, Abeddo, Iskandar, Abe Ngoh
Juruprepare: Ayang, Kak, Adik Ama, Kak Zan
Jururendang: Mek
Penasihat: Mek, Abe Sin, Na, Zul
Terima kasih juga kepada Rahim sekeluarga (buluh lemang), Moksu Besoh (daun pisang) dan semua yang terlibat dalam menjayakan Mission Lemang..
Sekian
0 comments di tepek oleh napaTAWA jam 1:33 AM
Wednesday, August 19, 2009
Ramadhan Menjelma Lagi...
Setiap kali Ramadhan Al-Mubarak menjelang....terkenang pada kisah2 lama yang berkait dengan ibadah puasa....masa budak2 dulu....masa sekolah....masa dok U...masa first time puasa bersama isteri...n zaman dah jadi bapak orang ni....semuanya menjadi kenangan terindah buatku...
Masa budak2:
Seingat aku....aku start puasa penuh masa aku umur 5 tahun lagi....tapi bukan penuh sebulan la...tapi dari sahur sampai bukak posa....sebabnya...kalu tak posa...takleh nak join orang time bukak posa...kena dok jauh2....tengok je...lepas orang bukak posa baru bleh join....time tu memang frust giler...tu yang aku nak posa sangat tu....
Makanan kegemaran time tu...nekbat, akok, sira pisang ngan ayam percik atau ayam pedas....perghh...meleleh beb...
Masa sekolah:
Seingat aku...masa darjah satu...aku sorang je yang puasa penuh....bebudak lain bantai minum milo ngan makan bekal lagi time rehat...tapi yang best...cikgu puji sebab posa...hehehe
Time sekolah menengah plak....time rehat bulan posa cikgu suruh buat tadarus Al-Quran...so semua budak2 kena ngaji....n time petang...ada jugak la aku try berniaga ngan Mat Duan n kawan nama Nuar kat pasar Ramadhan Wakaf Che Yeh...jual ikan bakar....sempat 3 hari je...tak balik modal....
N yang paling best...time bulan posa ni la aku start mengejas awek aku....bersama2 Palli...kitaorang mencari dimana rumah aweks aku ni....time dekat nak bukak posa baru balik....orang dah bang baru sampai...hehehe...siap kena sound lagi ngna ayah masa tu....masa tu tingkatan 3....
Masa tingkatan 5....aku dah start plak hobi baru....survey bazar Ramadhan seluruh Kota Bharu ngan Suri...belinye tak...orang dah start azan baru kalut nak pegi beli air...last2...bukak posa atas moto...hehehe
Makanan kegemaran time ni....kuih bunga, kuih cara ngan air tebu....n pastinya...akok
Masa dok U:
Time dok U ni....sahur ngan bukak posa ala kadar je la....sahur kekadang ngan roti je...berbuka pun kadang2 ngan biskut n roti...tak selera lah mana....tapi ada jugak time keluar beli kat bazar Ramadhan dekat Seri Serdang....sambil2 cuci mata...kurus posa aku...tapi yang best kat sini...kena pegi time dekat2 nak buka posa dah...baru makanan murah2....air pun kalau beli satu ada yang percunma sampai 3....hehehe...saaave...save.
Ada jugak kenangan berbuka atas komuter...time tu nak pegi rumah kakak aku kat Sungai Buloh...komuter tu lembab sangat...terpaksa la aku berbuka posa ngan air liur...kumpul banyak2...pastu telan...yyeeeeeks!!
Makanan kegemaran time ni...nasi minyak ngan nasik ayam...air bandung....fuh!!
Masa baru kawen:
First time aku posa ngan wife aku....best posa jadi suami orang ni...tapi yang hebatnya wife aku ni...sahur tak pernah kitaorang miss....memang dia bangun masak...ni yang abang sayang kat dia ni....n masa nak bukak posa plak...kitaorang ronda2 bazar Ramadhan n cari ape yang dia suka...ape plak yang aku suka....lepas tu compare....tapi yang wife aku suka tu semua tak sedap...hehehe
Kekadang ade jugak try masak special menu...jadi tak jadi lain kira haa....yang penting...masa berbuka la time yang paling heppi skali...walaupun cuma berdua...tapi dia punya selera...macam makan kat hotel wa cakap lu...
Kegemaran time ni...murtabak kot...ntah...n masakan bini..
Masa bersama anak2:
Aku ingat lagi....masa anak sulung aku, Sofea kecik lagi....dia selalu bangun n nak makan sahur sama2....boleh kata dalam sebulan puasa tu....hampir tiap2 hari dia bangun sahur bersama....membuatkan abah n mama berselera makan sambil layan keletah dia masa makan....tengkiu kakak!!
Masa berbuka plak...dia yang paling dulu tunggu makanan...tercongok kat depan hidangan...tapi dia tak makan selagi kitaorang tak makan....paham kot...
Baby Talhah plak....masa puasa tahun lepas...dia jarang bangun kacau orang bersahur...kakak pun dah jarang jugak bangun...mungkin penat main kot...tapi kalau time bukak posa....dia yang paling dulu amik itu ini....nanti kita tengok tahun ni plak macammana...
Makanan kegemaran...balun ape yang ada...yang penting...sodap!
Apapun....semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang terbaik buat kami sekeluarga...dan semoga Ramadhan kali ini bukanlah yang terakhir buat kami....
Ya Allah...berkatilah kami di bulan yang diMuliakan ini...amin..
0 comments di tepek oleh napaTAWA jam 1:38 AM













