Sunday, April 12, 2009

Mlam Jumaat baru ni aku ade jumpe sorang kawan lama...lama bena dah tak jupo...ada dalam saploh tahun kot...ye la..lepas skolah terus ilang raik...tak jumpe jumpa lagi dah.
Nama dia Judin...nama sebenar tak tau la pulak...tak ingat...dia senior setahun dari aku masa SMUAS dulu...dia pun dah kawen nga budok Sullamiah kugak...nama Asmahani kalu tak silap aku..

Nak dijadikan cite...dia ada turun Kemaman malam tyu...dianyo dok KB tapi turun sini ada kijo katanya...jadi dia tipon ko Ngoh (Shamsul Maarif) kata nak jupo...tapi bukan di kedai makan tapi di satu kawasan yang amat menyeramkan dan gelap di pinggir bandor Kmamang...hehehe..jadi ngoh pun tipon kakku etek..ajok jumpa kawan lama...so aku pun start keto trus g la..

Sapa situ...aku turun n jupo la si Judin...lamo gilo tok jupo dia...nasib baik muka dia sama jah...tak bruboh jadi Power Rangers lagi...jadi kami pun berborok borok borok...tanya kaba sikit sebanyok...pah tu dia ajok aku naik atas...dia kata ada benda nak cerita sket...hehehe...tekena dah aku ngan ngoh malam ni...

Naik naik...ada UPtrend punya presentation untuk ahli baru...hehehe...aku sengih je la...dekt sejam jugok presentation tuh...sudah sudah...lorat lorat aku ngan ngoh turun...judin pun turun skali...tapi dia ajok aku g minum dulu...takpe...folo je la...saing lamo ajok...

Nak dipendekkkan cite...dia dok ajak aku join dia la...upline dia yang dia bawak malam tuh dari KB dah income fuluhfuluh riban la...pakai BMW lagi beb...tapi aku dah dengar banyak kali dah pasal benda ni...n ni aku nak lampirkan perbincangan pasal Uptrend oleh Ustz Zaharuddin, seorang pakar dalam kewangan Islam di negara kita...ape ape hal...aku rujuk kat dia dulu la...

KOMEN UST ZAHARUDDIN :

Pertamanya, pembaca perlu tahu bahawa saya sudah menghubungi pegawai pemasaran uptrend di nombor 03-7957 9366, membuka web uptrend dan bercakap dengan ahli uptrend bagi membolehkan saya membuat ulasan ini.

Menurut majlis fatwa Indonesia, barangan yang dijual dengan harga jauh melebihi harga pasaran adalah haram. Sila buka fatwa mereka di sini.

Ini pula senarai harga yang terdapat di web :-

NO CODE DESCRIPTIONS BV IBP (RM) *DELIVERY (EM) **S-POINTS RETAIL PRICE(RM)
1 EP0005 Coffee X'Sotika
(10sachets)
2 Box 45.6 152.00 7.60 152 120.00 Per Box
2 EP0006 LumiGlow E. Skin Cream (50G) 1 Btl 45.6 152.00 7.60 152 285.00 Per Btl
3 EP0007 LumiGlow E. Skin Cream (50G) 4 Btl 159.6 532.00 11.40 532
4 EP0008 LumiGlow E. Skin Cream (50G) 10 Btl 300.2 1200.80 26.60 1201
5 EP0011 Omega Plus 3 Btl 60.8 152.00 7.60 152 76.00 Per Btl
6 EP0010 Oxylife 2 Btl 45.6 152.00 7.60 152 142.50 Per Btl
7 EP0004 Uptrend Red Yeast Coffee (20 sac) 10 Box 19.95 130.00 30.40 130 23.00 Per Box
8 EP0013 Uptrend ClensUp 1 Box 19 53.20 7.60 53 121.60 Per Box
9 EP0014 Uptrend TrimmUp 2 Box 76 212.8 11.40 213 228.00 Per Box
10 EP0015 Uptrend HealUp 2 Btl 19 53.20 11.40 53 57.00 Per Box
11 EP0016 Nine Immuna 1 Btl 34.2 79.80 7.60 80 114.00 Per Btl
12 EP0017 Nine Pepta 1 Btl 34.2 79.80 7.60 80 114.00 Per Btl
13 EP0018 Nine Muda 1 Btl 34.2 79.80 7.60 80 114.00 Per Btl
14 EP0019 Nine Flexa 1 Btl 34.2 98.80 7.60 99 144.40 Per Btl
15 EP0020 Nine Immuna, Muda, Pepta, Flexa 1 Btl Each 125.4 319.20 7.60 319 486.40 Per set
16 EP0021 Oncoblast
(12 Btl/Box )
1 Box 87.4 399.00 11.40 399 475.00 Per Box

Adakah ia harga pasaran?. Maaf lebih elok jika anda mengkajinya sendiri. Contoh termudah adalah sekotak kopi dengan harga RM 120 ?!.

Menurut seorang rakan dan pensyarah yang mempunyai PhD dalam Shariah dan undang-undang serta merupakan pakar kewangan Islam di Malaysia dan antarabangsa yang berkaliber. Produk-produk yang tidak mempunyai nilai yang benar-benar diperlukan ketika dibeli adalah sebenarnya palsu sahaja. Ia dinamakan 'conduit' atau pemangkin untuk mengabui mata orang ramai dan penguasa tentang sifat piramid skim mereka. Lalu beliau berpendapat ia haram. Hal ini tetap terjadi walaupun syarikat tersebut mempunyai produk, ia terjadi apabila pengempen menggunakan ayat seperti yang digambarkan di atas iaitu :

"kita sekarang bukan jual produk, kita jual peluang. Mudah dapat downline, sebab orang tahu ini lubuk duit."

Pihak Uptrend kelihatan peka dengan meletakkan fakta berikut di web mereka :-

11.

How can one know whether a company is promoting 'get-rich-quick' / pyramid scheme?


Generally, a company that promotes their business by placing emphasis only on their marketing plan, and everything else is only about money, money and money. Their products are also very limited. Usually they don't care about training & personal development. Besides that, they just encourage 'head-hunting', no personal sales or repeat sales is required. Usually people who join later cannot earn more than the people who join earlier.

Bagus, tapi masalahnya, contoh di atas menunjukkan ada ahli yang bertindak seperti pencari 'kepala' atau 'head hunting' dan bukan menjual produk. Benar, kesilapan seorang tidak boleh dikenakan kepada seluruh skim. Masalahnya, bukan seorang tapi cukup ramai yang sebegini, terlalu banyak laporan yang saya terima demikian, menyebabkan sekali imbas, saya merasakan ini adalah skim cepat kaya kerana mencari kepala tanpa mengendahkan produk. Justeru, adakah info di web uptrend ini benar-benar di fahami oleh ahli mereka ??

Mungkin juga ada sebahagian pengempen yang benar-benar berkempen barangan serta mengajar cara kegunaan dan kelebihannya (sebagaimana jika dirujuk dalam web http://www.uptrend2u.com/, mereka mempunyai banyak produk sekarang). Individu seperti ini mungkin boleh terselamat dari ciri money game, tetapi terdapat juga pengempen yang dengan jelas menekankan aspek 'kaki' dan 'downline' sebagai penarik utama sebagaimana yang disebut di atas tadi, produk tatkala itu hanyalah alat dan helah. Di ketika itu, syubhat bagi mereka yang mengempen kaki dan peluang semata-mata ini adalah lebih besar berbanding ahli yang mengempen produk dan bukan kaki.

Justeru, hukum ke atas dua individu boleh menjadi berlainan dalam hal ini berdasarkan kepada apa yang mereka kempen dan perkatakan. Seperti sebiji roti yang halal, lalau dikempennya kebaikan roti itu agar pembeli membeli, tatkala itu sistem downline telah menjadi sampingan sahaja, ia mungkin ada peluang. Berbeza dengan orang yang tidak mengendahkan roti itu, yang penting dikempennya sistem dapat duit dengan cari orang bawah sahaja

Bagi saya jika sesebuah produk itu tidak mungkin akan dibeli tanpa sistem komisyen kaki tadi, ini bermakna produk itu hanyalah pemangkin dan pengabui mata sahaja. Jika dilihat dari web uptrend iaitu http://www.uptrend2u.com/ kelihatan mereka mempunyai pelbagai produk. Cuma perlu dilihat pula cara kempen dan kiraan komisyen dilakukan. Setakat mempunyai produk yang benar-benar sahaja, tidak menjadikan sesuatu skim itu halal terus.

Saya tidak mengatakan hal 'pengabui mata' seperti di atas adalah terpakai untuk uptrend, tetapi saya menyebutnya secara umum kepada mana-mana skim yang produk yang dijualnya tiada sebarang nilai sebenar dan tiada pula releven untuk dibeli oleh pembeli jika tiada sistem komsiyen dan kaki.

Jika yang membeli menyertai dengan niat untuk memasuki sistem kaki dan lubuk duit yang dimaksudkan. Tatkala itu, ia punyai elemen judi kerana terdapat unsur seperti bertaruh dan punyai elemen riba al-fadhl dan an-Nasiah kerana meletakkan duit untuk mendapatkan duit yang lebih banyak di masa hadapan. Wallahu 'alam terpulang kepada anda, tidak perlulah anda marah dengan tulisan ini.

Dipetik dari www.zaharuddin.net

Buat Judin...aku bukan ape...ada benda yang kita rasa boleh buat...tapi kita tak boleh nak buat walaupun senang n amat menguntungkan...kerana hidup kita ada guideline yang telah tertulis...

Bagi sape sape yang baru nak berkecimpung...siasat la dulu luar dan dalam...tanya n buat kajian dulu...walaupun orang yang memperkenalkan benda baru kat kita tu ustat serban sebesar bakul pun...

0 comments: